keruntuhan | Saudara Amal, Tiada pertanyaan yang dikemukakan tentang perkataan ini. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 17.03.2010 |
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap membimbangkan sekali." | Tatabahasa | 26.05.2010 |
salam hormat, apakah makna tajuk: Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya??? Terima kasih... | Sdr Frederick anak Gon, Pertanyaan sdr ini berkaitan dengan tajuk Pertandingan Forum Remaja dan Pelajar 2009 yang dianjurkan oleh DBP, kini sedang giat berlangsung di seluruh negeri. Kami menasihat agar sdr membaca buku dan majalah yang berkaitan dengan akhlak Remaja dan Pelajar. Sdr juga dinasihatkan agar berbincang dan berlatih bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan supaya bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Selamat membaca dan bertanding. | Lain-lain | 29.04.2009 |
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick.. | Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat. | Istilah | 29.04.2009 |
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat | Tragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
"Dari kalangan" dan "Daripada kalangan", mana satukah yang betul? Sila sertakan contoh ayat dalam penjelasan saudara. Terima Kasih. | Frasa yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh ayat, 'Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan.' Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Apakah terjemahan terbaik untuk 'colony collapse disorder'? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "colony collapse disorder" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan seperti yang berikut: 1. colony - koloni 2. collapse - runtuh, roboh, musnah, hancur 3. disorder - gangguan, kecelaruan, kekacauan, kerosakan. Padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya: gangguan keruntuhan koloni atau gangguan kemusnahan koloni. | Istilah | 10.06.2014 |