Mohon penjelasan DBP bagi penggunaan perkataan-perkataan berikut. Adakah mereka sama atau berbeza mengikut konteks tertentu? Harap dapat beri pencerahan. Terima kasih. 1. kesamaan 2. kesetaraan 3, kesaksamaan | Kesamaan bermaksud keadaan atau hal yang sama, kesetaraan bermaksud kedudukan atau keadaaan setara (sama) dan kesaksamaan bermaksud hal atau keadaan saksama. Perkataan kesamaan dan kesetaraan membawa makna yang hampir sama, manakala perkataan kesaksamaan membawa makna yang berbeza dan banyak digunakan dalam bidang peristilahan. | Lain-lain | 07.01.2018 |
Saya memohon jasa baik pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengemukakan definisi, perbezaan beserta contoh penggunaan ayat bagi perkataan di bawah: 1) Kesamarataan; dan 2) Kesaksamaan | Dalam Kamus Dewan, kesamarataan bermaksud sifat atau keadaan yang sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain), contoh ayat anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kesamarataan antara lelaki dengan perempuan; dan kesaksamaan bermaksud perihal saksama (teliti, adil, dll), contoh ayat kesaksamaan, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim amat dititikberatkan. | Makna | 04.08.2017 |
Salam sejahtera, adakah "kesamaan jantina" ataupun "kesaksamaan jantina" lebih sesuai digunakan sebagai penterjemahan bagi "gender equality"? Terima kasih. | Selamat sejahtera, Terjemahan bagi perkataan gender equality dalam bahasa Melayu ialah 'kesamaan jantina'. | Lain-lain | 28.07.2017 |
Perkataan impartiality dalam bahasa melayu. Dasar kualiti Jabatan Kimia Malaysia ..."Professionalism, impartiality, confidentially....' dialih menjadi ...."Profesionalisme, ??????????, kerahsiaan. apakah perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan impartiality - contoh keputusan analisis kimia tidak dipengaruhi mana-mana pihak | Impartiality = Kesaksamaan | Makna | 25.04.2018 |