Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.dia.an] | کسدياءن

Definisi : perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna kesediaanKesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: contohnya mereka menampakkan kesediaan utk berjuang demi bangsa dan negara.Makna02.08.2007
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya samada terdapat atau pun tidak perkataan "kesiapsiagaan" dalam penggunaan Bahasa Melayu kini. Jika mengikut perkataan Indonesia, siapsiaga itu bermaksud siapsedia. Di sini, saya inginkan kepastiaan adakah terdapat perkataan siapsiaga dlm Bahasa Melayu dan apakah makna yang sesuai dengan perkataan "preparedness" dalam Bahasa Melayu. Adakah ianya kesediaan atau kesiapsiagaan?Perkataan siap siaga ada dalam bahasa Melayu dan sama maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan.Istilah26.03.2009

Kembali ke atas