Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.suaian] | کسسواين

Definisi : keadaan atau hal sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kesesuaian dalam penggunaan perkataan Tuan/Puan dan Encik/Cik dalam ayat.

Penggunaan perkataan Tuan/Puan dan Encik/Puan dalam ayat boleh digunakan bergantung pada situasi rasmi dan tidak rasmi.

Contoh situasi rasmi:

Urusan penulisan surat-menyurat rasmi, teks ucapan rasmi, protokol majlis atau acara rasmi, penulisan ilmiah dan sebagainya.

Contoh situasi tidak rasmi:

Percakapan sehari-hari, terutamanya panggilan untuk orang yang lebih tua atau orang yang baru dikenali.

Lain-lain11.08.2025
Mohon semakan kesesuaian bahasa: "Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Tunjuk Hormat"Frasa yang betul ialah "Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Jaga Batas Pergaulan".Tatabahasa08.10.2024
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022
Kesesuaian terjemahan (mohon rujuk lampiran)

Cadangan terjemahan bagi “Ethics in Management: Ethical Dilemma and Decision Making” ialah “Pengurusan Etika: Dilema Etika dalam Membuat Keputusan atau Pengurusan Etika: Dilema dan Pembuat Keputusan”. Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 


Penyemakan dan penterjemahan09.10.2024
Apakah perbezaan dan bilakah kesesuaian pengunaan perkataan TUNDA dan TANGGUH terutama dalam penulisan surat rasmi.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "tunda" dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh. Bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Dalam urusan rasmi dan termasuk dalam penulisan rasmi penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks rasmi ialah "tangguh". 
Tatabahasa17.12.2020
SAYA MEMOHON BANTUAN UNTUK SEMAKAN KESESUAIAN NAMA PROGRAM INI DAN SUSUN ATUR PERKATAAN:- "PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI KREATIF MALAYSIA" NOTA: PROGRAM BERKAITAN DENGAN INDUSTRI KANDUNGAN KREATIFAyat yang betul ialah PROGRAM PENINGKATAN KANDUNGAN INDUSTRI KREATIF MALAYSIA.Tatabahasa03.03.2021
Apakah perbezaan antara ayat di bawah serta kesesuaian penggunaannya: 1. Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas 3. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 4. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah "Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas." Tatabahasa11.06.2023
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan untuk: 1. meneliti kesesuaian penggunaan bahasa bagi tema dan subtema yang akan digunakan untuk seminar dan mencadangkan perkataan yang tepat dan betul. Tema: Pemanfaatan Perubahan Bersama Pemimpin Masa Hadapan • Menggambarkan keupayaan pemimpin masa kini memanfaatkan perubahan di luar jangkaan secara fleksibel, kreatif dan tangkas (agile) bagi menghadapi dan mengurus masa hadapan yang mencabar Subtema: ● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak Dalam Menangani Perubahan ● Human Governance Dalam Amalan Kepimpinan Positif ● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara Dalam Mendepani COVID-19 ● Bijak Memanfaat Sumber Demi Kesejahteraan Bersama 2. memberikan istilah yang tepat bagi Human Governance dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Tema:
i. Pemanfaatan Perubahan oleh Pemimpin Masa Hadapan
ii. Keupayaan Pemimpin Memanfaatkan Perubahan
iii. Cabaran Pemimpin Memanfaatkan Perubahan 

Subtema:
● Kreativiti dan Ketangkasan Bertindak dalam Menangani Perubahan
● Tadbir Urus dalam Amalan Kepimpinan Positif
● Aplikasi Teknologi Sebagai Pemudah Cara dalam Mendepani COVID-19
● Bijak Memanfaatkan Sumber ... demi Kesejahteraan Bersama (lengkapkan sumber apa?)


Cadangan kami ini perlu disemak semula oleh pihak tuan kerana pihak tuan lebih arif tentang keperluan seminar tersebut.
Tatabahasa30.01.2021
Penggunaan "kamu" dan "awak". Saya ingin mendapat kepastian tentang kesesuaian menggunakan "awak" dan "kamu" dalam situasi yang berlainan. Misalnya, adakah benar "awak" boleh digunakan dalam semua situasi, tetapi "kamu" biasanya digunakan oleh orang yang berkedudukan lebih tinggi bila bercakap dengan orang bawahannya atau orang yang lebih muda daripadanya? Terima kasih.

Kata “Kamu” dan “Awak” merupakan kata ganti nama diri kedua dan

pada kelazimannya "kamu" digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. Kata ganti nama diri kedua "Awak" pula digunakan apabila bercakap dengan orang yang sama taraf atau sebaya. 
Lain-lain24.08.2025
Tuan, Boleh jelaskan maksud atau makna tentang fitur linguistik? Bagaimanakah kesesuaian penggunaan perkataan "fitur lingusitik" dan contoh ayat? Adakah merujuk kepada ciri bahasa? Ingin saya mengetahui secara rinci. Terima kasih

Untuk makluman puan, melalui pangkalan data Khidmat Nasihat DBP dengan pautan http://kndbp.dbp.gov.my, kami hanya menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu (aspek tatabahasa dan perkamusan), sastera Melayu, penerbitan DBP dan umum tentang DBP.

Untuk mendapatkan maklumat tentang ilmu fitur linguistik kami mencadangkan puan untuk membuat pembacaan dalam buku-buku yang berkaitan dengan bidang Linguistik serta subbidangnya, ataupun bertanya dengan pakar yang lebih arif dalam bidang tersebut.


Lain-lain08.08.2024
12345678910...

Kembali ke atas