adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat. | Tatabahasa | 03.04.2010 |
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan? | Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih. | Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat. | Tatabahasa | 30.06.2008 |
Ingin bertanya tentang jawapan yang sesuai mengikut konteks ayat seperti berikut Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja______mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. A. menjolok B. mencolok C. mencucuk b) Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan tersebut? | Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja mencolok mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. Untuk melihat perbezaan penggunaan setiap perkataan yang diberi sila rujuk kamus dan memilih makna yang paling sesuai dengan ayat tersebut. | Tatabahasa | 01.09.2008 |
Minta Tanya, adakah kesalahan tatabahasa? 1) Reka cipta adalah satu proses yang boleh...... 2) ... dikawal ketat oleh polis marine. 3) Pelbagai iktibar dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar. 4) Cara mengguna pisau adalah dengan memegang... Terima kasih! | 1. Reka cipta ialah satu proses yang boleh... 2. ...dikawal ketat oleh polis marin. 3. Penggunaan perkataan "iktibar" tidak sesuai; boleh diganti dengan perkataan yang lain seperti "langkah", "cara" dan lain-lain. 4. Cara menggunakan pisau adalah dengan memegang.. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
prudent strigent claims control | hemat kawalan tuntutan ketat | Lain-lain | 26.03.2007 |
apakah maksud LUWES ? | Makna luwes ialah tidak terlalu ketat,mudah disesuaikan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 970. | Makna | 30.01.2008 |
saya amat berminat dalam bidang penulisan tetapi prosedur yang di minta oleh pihak dewan bahasa contohnya majalah dewan bahasa agak ketat.. jadi saya ingin tahu adakah disket diperlukan untuk menghantar karya? dan saya ingin tahu satu persatu langkah-langkah yang di perlukan oleh saya atau rakan lain untuk menghantar karya.. kerjasama pihak tuan dan puan amat dihargai untuk pengetahuan juga saya pernah mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh oihak dbp di hotel king melaka dan saya telah memenangi sebuah buku kerana mencipta cerpen pendek mengenai hang tuah dan hangjebat di zaman moden..hehehe terima kasih kepada yang sudi memilih.. asslammualaikum | Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Dalam hal menghantar karya berupa manuskrip novel, cerpen, artikel dan lain-lain ke penerbitan DBP (atau penerbitan lain), sebaik-baiknya perlulah mengikuti prosedur penerbitan yang ditetapkan oleh pihak tersebut. Selain daripada menghantar teks manuskrip, sdr. amat digalakkan menyertakan salinan disket bagi memudahkan tugas editor untuk tujuan penerbitan karya tersebut. Selamat berkarya! Sekian dan salam. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih. | Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan. | Makna | 23.02.2008 |