1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Minta Tanya, adakah kesalahan tatabahasa? 1) Reka cipta adalah satu proses yang boleh...... 2) ... dikawal ketat oleh polis marine. 3) Pelbagai iktibar dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar. 4) Cara mengguna pisau adalah dengan memegang... Terima kasih! | 1. Reka cipta ialah satu proses yang boleh... 2. ...dikawal ketat oleh polis marin. 3. Penggunaan perkataan "iktibar" tidak sesuai; boleh diganti dengan perkataan yang lain seperti "langkah", "cara" dan lain-lain. 4. Cara menggunakan pisau adalah dengan memegang.. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes? | 1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suai | Makna | 24.01.2007 |
1. Pelancong itu bukan dari negara Jepun. Saya tahu penggunaan kata nafi 'bukan' dalam ayat ini betul kerana digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa sendi. Kalau saya menukar ayat kepada Pelancong itu berasal dari negara Jepun.Adakah kata nafi yang sesuai ialah 'tidak' kerana berasal dari negara Jepun ialah frasa kerja. 2. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak A B lawan setiap kali dia menerima bola.Tiada kesalahan. C D Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di atas? Terima kasih! | 1. Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Ayat tersebut perlu diperbetulkan menjadi, "Pelancong itu bukan dari negara Jepun, tetapi dari neara Korea. 2. Soalan kedua saudara tidak jelas. | Tatabahasa | 16.05.2009 |