Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.li.tian] | کتليتين

Definisi : perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.li.tian] | کتليتين

Definisi : keadaan atau hal teliti; kecermatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskanCiri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.02.2013
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih.

Saudara Stephen,

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan  dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. 

Lain-lain02.09.2009
MAKSUD INTISARI DALAM B.I SELAIN DARI ESSENCEMenurut Kamus Inggeris Melayu Dewan mendefinisikan kata essence;
  • n 1. basic or most important characteristic, intipati, intisari: justice should be the ~ of all laws, keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang; 2. extract used to flavour food, esen: vanilla ~, esen vanila;
  • in ~

    pd dasarnya: the two arguments appear to be similar, but in ~ they are entirely different, dua hujah itu nampak sama, tetapi pd dasarnya sama sekali berbeza; of the ~, (fml) sangat penting: in giving first aid, speed and care are of the ~, dlm memberikan pertolongan cemas, kecepatan dan ketelitian adalah sangat penting.
Makna11.06.2009

Kembali ke atas