Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda رضا 

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian.

Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang me­nyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. 

Makna26.12.2017
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul?

1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 

2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio.

3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan.

Tatabahasa16.11.2008
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007

Kembali ke atas