Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam majlis tertentu, ada banyak ketua jabatan dan ketua unit hadir. Jadi, adakah kita menyebut ' ketua-ketua jabatan dan unit' ATAU ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit'? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah ketua-ketua jabatan dan unit.Lain-lain21.04.2010
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasihketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil.Ejaan22.09.2011
Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ?1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab.Tatabahasa12.09.2007
Assalamualaikum. Apakah ejaan yang betul (1) Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri (2) Menteri-menteri Besar atau Menteri-Menteri Besar? Terima kasihEjaan yang betul ialah “Ketua-ketua Menteri” dan “Menteri-menteri Besar”. Ejaan21.02.2025
Ketua ketua panitia atau ketua panitia - ketua panitiaBerdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Ketua-ketua panitia.Lain-lain08.09.2021
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong?1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain14.01.2007
Yang manakah yang betul ejaan bagi rangkai kata yang berikut: 1. 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah' 2. 'sepertimana' atau 'seperti mana' 3. 'Ketua-Ketua Menteri' atau 'Ketua-ketua Menteri'1. sejauh manakah
2. seperti mana
3. Ketua-ketua Menteri
Tatabahasa10.07.2013
Merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan tentang terjemahan 'Group General Counsel', pihak DBP telah memberi cadangan terjemahan "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua Pegawai Undang-undang". Untuk konteks, 'Group General Counsel' adalah merujuk kepada ketua bahagian undang-undang sebuah syarikat. Tugasnya termasuklah sebagai penasihat undang-undang dalaman syarikat kepada pentadbiran dan lembaga pengarah syarikat. Dalam konteks ini, 'Group' merujuk kepada kumpulan syarikat, sebagai contoh Sime Darby Group. Dalam konteks di atas, apakah terjemahan sesuai untuk jawatan 'Group General Counsel' ini?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Ketua Bahagian Undang-undang Kumpulan Syarikat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah16.04.2021
Apakah terjemahan sesuai untuk 'GROUP GENERAL COUNSEL'?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua  Pegawai Undang-undang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran Awam atau Undang-undang.
 
Penyemakan dan penterjemahan15.04.2021
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganda dalam ayat, Ketua-ketua menteri yang menyertai mesyuarat itu atau Ketua-tua menteri yang menyertai mesyuarat itu, yang mana penggunaan kata ganda itu betul? Terima kasih.Kata ganda yang betul ialah Ketua-Ketua Menteri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008:74-75).Lain-lain16.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas