| 1. Ketua kampung itu tidak asing lagi bagi para penduduk. Adakah perkataan asing digunakan dengan betul? | 1. Ketua kampung itu tidak asing lagi bagi para penduduk. penggunaan asing dalam ayat ini betul; tidak asing bermaksud tidak lain atau tidak tersendiri. | Makna | 22.02.2011 |
| Adakah ayat ini gramatis? *Ketua kampung berjanji akan menolong kami. | Ayat tersebut tidak gramatis, yang gramatis ialah 'Ketua kampung berjanji menolong kami'. | Tatabahasa | 27.12.2010 |
| Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
| 1) Kakak sedang membalut hadiah maka diberikan kepada pengantin. 2)Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kepada kebajikan anak buahnya. 3)Ranjit jatuh tersimpuh apabila terpijak kulit pisang itu selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam soalan di atas. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kakak sedang membalut hadiah yang akan diberikan kepada pengantin. 2. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya. 3. Ayat ketiga betul susunannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.01.2018 |
| minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | 1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog. 2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | Tatabahasa | 16.03.2018 |
| Mana satu antara ejaan berikut yang tepat dalam penggunaan B.Malaysia 1. PERKERJAAN / PEKERJAAN 2. BERKERJA / BEKERJA 3. PERKERJA / PEKERJA 4. Boleh terangkan perbezaan antara penghulu kampung dengan ketua kampung terima kasih | 1. PEKERJAAN 2. BEKERJA 3. PEKERJA 4. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
| Penduduk kampung akan mengemukakan tentang masalah penagihan dadah dalam kalangan pemuda kampung itu kepada ketua kampung. apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di atas? Mengapapah ayat tersebut salah dan apakah pembetulannya? | Ayat ini salah - mengemukakan ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti dengan objek (masalah) seperti dalam ayat, Penduduk kampung akan mengemukakan masalah penagihan dadah dalam kalangan pemuda kampung itu kepada ketua kampung. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
| assalamualaikum...saudara. saya ingin bertanya mengenai perkataan guru besar, ketua kampung, tuk penghulu dan ajk, adakah perkataan ini perlu dieja awal perkataannya berhuruf besar dalam penulisan karangan. | Jika dinyatakan secara umum, Saudara perlulah menggunakan huruf kecil. Tetapi jika menyatakan secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan A, perlulah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 26.02.2007 |
| 1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih. | Harap maaf, pihak kami tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia . Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut: Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut: - Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
- Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
- Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
- Carian pantun dan biodata penulis/penyair
- Penyemakan bahasa Melayu klasik
Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi: - Peluang penerbitan
- Panduan penulisan buku
- Hak cipta dan royalti.
- Penyediaan manuskrip.
- Proses penerbitan.
Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi - Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
- Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
- Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
| Lain-lain | 11.11.2010 |
| Berhubung dengan surat rasmi. Surat ditujukan kepada sebagai contoh: Tn. Hj. Hailani Bin Surit Ketua Kampung Tok Muda Persoalannya : Di dalam isi kandungan surat tersebut, perkataan yang ingin ditujukan kepada beliau adalah sama ada menggunakan perkataan Tuan atau Tn. Hj? Perkataan yang manakah betul digunakan? | Selamat ptg. Kata sapaan ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. Sekian, terima kasih. | Istilah | 30.05.2016 |