Ketua-ketua Menteri betul atau Ketua-Ketua Menteri ? benarkah oleh sebab tidak boleh diletakkan di tengah2 ayat? apa beza oleh sebab dengan kata hubung kerana ? | 1. Ketua-Ketua Menteri 2. boleh digunakan oleh sebab. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
Assalamualaikum. Apakah ejaan yang betul (1) Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri (2) Menteri-menteri Besar atau Menteri-Menteri Besar? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah “Ketua-ketua Menteri” dan “Menteri-menteri Besar”. | Ejaan | 21.02.2025 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Yang manakah yang betul ejaan bagi rangkai kata yang berikut: 1. 'sejauhmanakah' atau 'sejauh manakah' 2. 'sepertimana' atau 'seperti mana' 3. 'Ketua-Ketua Menteri' atau 'Ketua-ketua Menteri' | 1. sejauh manakah 2. seperti mana 3. Ketua-ketua Menteri | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganda dalam ayat, Ketua-ketua menteri yang menyertai mesyuarat itu atau Ketua-tua menteri yang menyertai mesyuarat itu, yang mana penggunaan kata ganda itu betul? Terima kasih. | Kata ganda yang betul ialah Ketua-Ketua Menteri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008:74-75). | Lain-lain | 16.10.2022 |
Sila bantu saya untuk soalan berkaitan Hukum D-M di bawah. Yang manakah betul? `Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri`,`Pertandingan Bahas Akhir Piala Ketua Menteri`ATAU Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Akhir` Terima Kasih. | Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ? | Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. | Lain-lain | 22.02.2008 |
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Adakah ketua menteri kata nama khas? | “Ketua Menteri” merupakan kata nama khas (jawatan). Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86. | Tatabahasa | 21.06.2024 |
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar. | Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Perkataan berganda bagi Naib Canselor ialah Naib-naib Canselor. Apakah perkataan berganda bagi Pro-Canselor? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, kebiasaanya hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan. Sebagai contoh, "Ketua-Ketua Menteri" tetapi jarang penggunaan kata "Naib-naib Canselor". Pihak kami mencadangkan penggunaan kata beberapa orang naib canselor atau beberapa orang Pro-Canselor. | Istilah | 03.10.2015 |