Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kré.dit] | کريديت

Definisi : (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pem­bayarannya ditangguhkan; memberi ~ mem­beri pinjaman (hutang), membenarkan (mem­bolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir per­akaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kré.dit] | کريديت

Definisi : /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kredit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pengiktirafan: penghargaan, penilaian, pujian,

2. Bersinonim dengan piutang: pinjaman, ansuran, kemudahan pinjaman.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sehingga RM90 kredit percumakredit percuma sehingga RM90Lain-lain28.07.2008
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan.Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira.Lain-lain19.11.2009
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIHWalaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Tatabahasa07.10.2010
Saya ingin bertanya sama ada penggunaan ayat ini betul atau salah. "Kad Kredit dan Kepenggunaannya"Untuk makluman 'kepenggunaan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll). Penggunaan pula bermaksud 1. perihal (perbuatan, kegiatan dll),  menggunakan sesuatu 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan dll).  Dalam konteks ini, kami berpendapat maksudnya merujuk kepada penggunaan kad kredit tersebut.  Oleh itu, frasa yang betul ialah Kad Kredit dan Penggunaannya.Makna02.11.2011
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih."Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519.Tatabahasa10.11.2010
credit crunchluluh kreditIstilah11.12.2008
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
Saya ada beberapa persoalan: 1. Jualan maklumat kad kredit berharga di antara RM1 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 2. Dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 3. Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini. (Apakah penggunaan di itu betul). Sekian terima kasihUntuk ayat 1 dan 2 penggunaan kata sendi nama 'antara' betul kerana kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Manakala untuk ayat 3 kata sendi nama 'pada' yang betul, iaitu menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa11.03.2012
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih."Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami  dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan.Tatabahasa07.06.2012
12

Kembali ke atas