Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih. | Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat. | Ejaan | 04.06.2018 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih. | Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat. | Ejaan | 03.06.2018 |
Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah (tuan, kelapa parut atau parut kelapa? thx) | kelapa parut | Ejaan | 20.02.2013 |