Salam, Boleh tak bantu saya dalam membezakan dua perkataan berikut iaitu diperbuat dan dibuat. Adakan perkataan ini sama maksud atau ada perbezaan kerana saya telah merujuk kamus dewan tetapi tidak ada perkataan diperbuat. Biasanya saya menggunakan perkataan dibuat. Contohnya: 1. Meja itu dibuat daripada kayu. Adakah ayat ini betul: 1. Kuih koci itu diperbuat daripada tepung beras. Terima kasih. | Diperbuat dan dibuat ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif memperbuat dan membuat. Kamus hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif. Memperbuat sama makna dengan membuat, iaitu mengerjakan atau melakukan sesuatu. Kedua-dua ayat contoh yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih! | Encik Azfar, Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut: karipap kentang : currypuff with potato filling karipap sardin : currypuff with sardine filling koci pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling koci labu : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling lopes pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve with a kind of brown sugar pisang goreng : banana fritters | Tatabahasa | 18.05.2010 |