Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika kata nama am seperti tarian,kuih dan serupa dengannya mempunyai nama spesifik seperti "Tarian Ngajat" atau "tarian ngajat","Kuih Lapis" atau "kuih lapis" dan serupa dengannya,adakah ia perlu dieja huruf kecil atau huruf besar.Jika ia mempunyai nama yang spesifik,adakah ia diklasifikasikan sebagai kata nama Khas?

Tarian ngajat dan kuih lapis merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini boleh menjadi kata nama khas apabila menjadi tajuk artikel “Tarian Ngajat Tarian Tradisional Masyarakat Iban.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 95 hingga 101.

Tatabahasa17.02.2026
a)apakah penjodoh bilangan bagi kuih lapis? b)apa pula penjodoh bilangan bagi petai? papan atau keping? c)adakah PATIK hanya digunakan apabila kita bertutur dengan raja-raja shj?ataupun digunapakai untuk semua kerabat d raja?

1. sepotong kuih lapis

2. sepapan petai 

3. Merujuk Kamus PATIK ialah bahasa diraja, kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja, dan raja di sini tidak dikhususkan kepada raja (bermakna termasuklah kerabatnya) sahaja tetapi lazimnya contoh penggunaannya apabila ada patik maka adalah perkataan Tuanku (raja).

Tatabahasa17.05.2010

Kembali ke atas