Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) berasa senang dan lega; b) sabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas.1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini.
2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu.
4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang.
5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini.  
6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 
7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu.
8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari.
9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini.
10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini.
Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa14.05.2012

Kembali ke atas