Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ta] | لتا

Definisi : hina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela: apalah guna hamba yg ~; memberi ~ memberi malu (kpd orang), menghinakan; meletakan memberi leta, memalukan, mengeji­kan, menghinakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ta] | لتا

Definisi : Ph turun warnanya (kain dll), luntur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
leta (adjektif)
Bersinonim dengan hina, keji, cacat, cela, lata, asfal, aib, nista, terkutuk, safil, mesum, jijik, tidak baik;,
Kata Terbitan : meletakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut?Salam sejahtera,
Dewan Sastera terbitan  November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my .
Lain-lain25.04.2012
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006

Kembali ke atas