1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah? | Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 31.03.2007 |
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan? | Jalan lurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Slm, Mohon semak ayat di bawah. Adik menggunakan pembarus supaya garusan yang dibuatnya/dibuatkannya lurus. Thanks :) | Adik menggunakan pembaris supaya garisan yang dibuatnya lurus. | Tatabahasa | 24.07.2015 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa? | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang dikemukakan betul. Bengkang-bengkong membawa maksud tidak lurus yang boleh digunakan untuk menunjukkan jalan ke Tanah Tinggi Cameron Highland tidak lurus atau berliku-liku. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.04.2018 |
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih. | Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan. | Lain-lain | 23.12.2017 |
peribahasa seperti ketam menyuruh/mengajar anaknya berjalan lurus/betul yang manakah satu yang betul? | Dalam buku Peribahasa Sekolah Menengah terbitan DBP oleh Asiah Abd. Rahman, peribahasa yang betul ialah ketam menyuruh anaknya berjalan betul, muka surat 261. | Tatabahasa | 25.03.2015 |
surat rasmi, adakah sebetulnya perlu mempunyai garisan lurus di bawah PERKARA | Dalam surat rasmi, di bawah tajuk perkara tidak perlu digarisi kerana teks perkara ditulis semua berhuruf besar dan huruf tebal (bold). | Lain-lain | 16.06.2009 |
Salam Tuan, Pada balapan perlumbaan bagi acara pecut atau larian, terdapat dua bahagian balapan lurus yang dikenal sebagai "home straight" dan "back straight". Saya ingin tahu apakah padanan bahasa Melayu bagi dua istilah tersebut? Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan back straight dan home straight. Kami akan mengemukakan istilah ini ke jawatankuasa istilah untuk mencari padanan bahasa Melayu yang tepat. | Istilah | 18.10.2013 |
Salam.. Apakah contoh ayat bagi perkataan kekisi? Terima kasih.. | Kekisi yang dipasang itu tidak lurus menyebabkan tingkap tersebut senget. | Tatabahasa | 26.07.2013 |