| 1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
| Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa? | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang dikemukakan betul. Bengkang-bengkong membawa maksud tidak lurus yang boleh digunakan untuk menunjukkan jalan ke Tanah Tinggi Cameron Highland tidak lurus atau berliku-liku. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.04.2018 |
| Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
| Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih | Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Makna | 14.09.2009 |
| 1. Penjodoh bilangan yang paling tepat untuk "tulang". 2. Penggunaan yang paling tepat - "seketul tulang" atau "sebatang tulang". | Tulang bermaksud rangka tubuh manusia atau binatang serta bahagian-bahagiannya yang bersifat agak keras dan kuat. Bagi tulang yang berbentuk panjang dan lurus, penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang, manakala tulang yang berbentuk bongkah, potongan dan sebagainya yang keras, padu dan tidak terlalu besar, penjodoh bilangan yang sesuai ialah ketul. Pemilihan penjodoh bilangan yang sesuai haruslah digunakan mengikut bentuk dan struktur tulang yang dimaksudkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 217, 1101 dan 2420. | Lain-lain | 24.10.2025 |
| 1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'? | 1. Ayat itu betul. 2. Ayat tersebut tidak gramatis. 3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya. 4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
| Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan? | Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya. Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
| Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah". 2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu: i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.
| Tatabahasa | 19.03.2024 |
| apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas ialah mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1"> | Makna | 30.01.2019 |
| 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |