Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam struktur ayat Bahasa Melayu, adakah boleh kita menggunakan ayat "celakalah"? Sebab saya cari dalam pencarian, tiada perkataan "celakalah" digunakan.

“Celaka” bermaksud kata makian yang diucapkan apabila terlalu marah, geram dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu.

 

Partikel -lah berfungsi sebagai kata penegas yang memberikan penekanan pada kata atau frasa yang mengikutinya.

 

Dalam konteks wacana, partikel -lah juga boleh memberikan makna tambahan atau interpretasi tertentu dalam pembinaan ayat.

 

Oleh itu, “celakalah” merupakan gabungan kata dengan partikel -lah yang membawa maksud penegasan dan boleh digunakan dalam ayat bergantung pada konteks penggunaanya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 261 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 406.

Sastera04.08.2025
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas