Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. | Makna | 07.06.2008 |
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih. | Puan, Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk | Lain-lain | 14.12.2010 |
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |