| Perkataan 'masuk' berbentuk kata kerja transitif atau tak transitif? Bolehkah saya menulis begini: Ali masuk bilik. Ataupun saya perlu menulis: Ali masuk ke bilik. Terima kasih. | Masuk merupakan kata kerja aktif tak transitif. "ke bilik" merupakan unsur keterangan yang memberikan maklumat tambahan. Ayat yang gramatis ialah Ali masuk ke bilik. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
| tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupan | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. | Lain-lain | 14.03.2008 |
| Mana satu yang betul untuk diletakkan di poster: 1) Masuk adalah percuma 2) Masuk percuma 3) Kemasukan percuma Ini adalah bagi konteks, masuk menonton sesebuah persembahan. | Jawapan yang betul ialah "Masuk percuma". | Lain-lain | 03.07.2022 |
| perkataan keluar/masuk atau keluar masuk yang boleh tulis dlm surat rasmi? | Perkataan keluar masuk boleh digunakan dalam ayat asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Jika tuan dapat memberikan contoh penggunaannya, lebih mudah untuk kami menerangkannya kepada tuan. | Tatabahasa | 02.07.2015 |
| Apa perbezaan antara "masuk kelas" dan "masuk ke kelas"? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "masuk ke kelas" iaitu kata kerja tunggal diikuti oleh kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
| masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
| mana yang betul? ' masuk ke dalam dewan' atau 'masuk ke dewan' | Jawapan yang betul ialah masuk ke dalam dewan, pergi ke dewan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
| Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk. | Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja. Begitu juga dengan frasa "turun naik". Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Istilah | 05.08.2015 |
| Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk ke Bukit Merah. Jadi saya berpatah di jalan masuk ke Alor Pongsu untuk datang ke sini." | Lain-lain | 11.09.2022 |
| Salam sejahtera. Peribahasa seperti rusa masuk kampung atau seperti rusa masuk ke kampung? Atau kedua-duanya betul? | Peribahasa "Seperti rusa masuk kampung", sumber Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.08.2016 |