mana yang betul? ' masuk ke dalam dewan' atau 'masuk ke dewan' | Jawapan yang betul ialah masuk ke dalam dewan, pergi ke dewan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
cikgu menyuruh (kami,dia,kalian)memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. apa jawapan? | Cikgu menyuruh kami/dia/kalian memungut sampah sebelum masuk ke dalam kelas. - ketiga-tiga perkataan kami, dia dan kalian boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas? | Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Ayat manakah yang lebih tepat (atau kedua-duanya betul): Soalan 1: a) Tolong tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. b) Sila tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Soalan 2: a) Encik Atan membawa keluarganya bercuti di Pulau Kapas. b) Encik Atan membawa keluarganya pergi bercuti di Pulau Kapas. Terima kasih. | 1. Ayat yang tepat ialah ayat (a) kerana ayat tersebut membawa unsur permintaan. 2. Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.05.2010 |
salam, ayat manakah lebih gramatis? "murid-murid diminta masuk ke kelas." atau "murid-murid diminta masuk ke dalam kelas." dan bolehkah tuan menjelaskan penggunaan 'ke' dan 'ke dalam'? terima kasih. | Murid-murid diminta masuk ke dalam kelas. Kelas ialah bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka pengguaan frasa ke dalam atau di dalam yang lebih tepat. | Tatabahasa | 26.08.2016 |
saya ingin tahu adakah ayat dibawah ini betul atau tidak. ayah membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah. | Ayat tersebut adalah betul. Hanya perkataan ayah harus dimulai dengan huruf besar --> Ayah | Lain-lain | 08.07.2014 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Bagaimanakah saya membina ayat menggunakan perkataan asak? | Salam sejahtera, Tuan, Asak bermaksud padat dan sesak. Contoh ayat: Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Sila lawati http://prpm.dbp.gov.my/ untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.01.2018 |
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan sila | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 29.10.2015 |
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut. | Makna | 22.07.2009 |