Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah imbuhan yang betul untuk "log masuk" jika digunakan sebagai kata kerja dalam ayat aktif?Log masuk atau daftar masuk merupakan kata kerja dan tidak perlu ditambah imbuhan.Tatabahasa15.02.2015
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat berikut: Please log in to your account. 1. Sila log masuk ke akaun anda. 2. Sila log masuk akaun anda. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang tepat dan lebih sesuai ialah Sila log masuk ke akaun andaTatabahasa02.12.2019
Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.


Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya.
Lain-lain17.01.2024
Bagaimanakah saya dapat melihat semula semua bantuan tentang bahasa yang sebelum ini saya dapat lihat di PRPM?

Salam sejahtera,

Dokumentasi Soalan dan Jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP


Masuk melalui pautan http://kndbp.dbp.gov.my/

Log in Masuk Log Masuk Individu (masukkan e-mel)

Sekiranya ingin melihat soalan yang kerap ditanya:

 

i.              Pada bahagian kiri tekan FAQ (Soalan kerap ditanya) - gambar seperti pada lampiran (i)

Sekiranya ingin melihat soalan yang pernah ditanya:

 

ii.             Pada bahagian atas tekan Rekod Pertanyaan - gambar seperti pada lampiran (ii)

   Sekiranya ingin melibat perkataan dalam PRPM

       iii. Masuk melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/

           
           a. Taip perkataan yang ingin dicari
           b. Tekan pada kiri (Khidmat Nasihat) - gambar seperti pada lampiran (b)

 Paparan soalan yang berkaitan swafoto yang pernah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat DBP. gambar seperti pada lampiran (c)