Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[masy.ghul] | مشغول

Definisi : Ar 1. berasa dukacita kerana se­suatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; memasyghulkan 1. menyedihkan (menyu­sahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu; kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masy­ghul: ia masih sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[masy.ghul] | مشغول

Definisi : (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu: Baginda terlalu ~ kerana negerinya dlm keadaan huru-hara. memasyghulkan menyebabkan (menimbulkan) rasa masyghul. kemasyghulan perasaan masyghul; kesedihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyghul (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan murung, muram, sugul, suram, mendung, gundah, gundah-gulana, hiba, pilu, rawan, sayu, terharu, duka, dukacita, duka lara, duka nestapa, sedih, susah hati, walang, redup, sengsai, lara, sabak, ngeran, benguk;,
Kata Terbitan : memasyghulkan, kemasyghulan,

Puisi
 

Ikan selangat ikan mungkul,
     Belah belakang dipanggang hati;
Ayuh semangat jangan masyghul,
     Buang belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan di antara bahasa melayu klasik dan bahasa melayu standard

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2010) halaman 177 dan 178, bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau dalam sastera lisan dan tulisan, seperti yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama, misalnya Tuhfat al-Nafis dan Sejarah Melayu. Bahasa Melayu klasik ini mengandungi banyak kosa kata klasik seperti pawana, arakian, sahaya, masyghul dan syahadan.

Bahasa Melayu standard ialah bahasa Melayu baku yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata dan tatabahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum.

Makna03.09.2024

Kembali ke atas