[mu.ram] | مورم
Definisi : 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mu.ram] | مورم
Definisi : 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian suaminya. bermuram, = ~ durja bermasam muka; bersedih. memuramkan menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. kemuraman keadaan muram; kesuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)