Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bermaya berseri; jernih. tidak ~ a. tidak berseri; tidak jernih. b. tidak bertenaga; lemah sekali; lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maya (kata nama)
Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi, halusinasi, mimpi, igauan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maskud pre-launching dan grand launching dalam Bahasa? Contoh penggunaan pre-launching dan grand launching dalam ayat Bahasa. terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

pre-launching - prapelancaran
grand launching - pelancaran perdana

Berikut merupakan contoh ayat bagi padanan isitilah yang diberikan:

i. Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor.

ii. Majlis Pelancaran Perdana Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFest 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2015, ditangguh ke satu tarikh lain.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain21.06.2021

Kembali ke atas