Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.kap] | ميکڤ

Definisi : (mékap) 1. alat solek (bedak, gincu, dsb); 2. perbuatan menghias diri dgn alat-alat solek; 3. penyusunan atau susunan bahan teks dan ilustrasi menurut halaman cetakan yg sebenar (dlm kerja penerbitan buku, majalah, dsb); bermekap bersolek: anak-anak yg masih kecil janganlah diajar ~; memekapkan mengenakan alat solek pd muka: apabila Mas datang ke studio dan dimekapkan, kami pasti dia akan kelihatan cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.kap] | ميکڤ

Definisi : /mékap/ 1 alat solek spt bedak, gincu. 2 perbuatan menghias diri dgn alat-alat solek. bermekap berhias dgn mekap; bersolek: Dia ditegur kerana asyik ~ saja. memekap menghias seseorang dgn mekap; menyolek: Dialah yg ~ pengantin itu. pemekap orang yg suka atau selalu bermekap; orang yg memekap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud gerah rangdu dalam hikayat indera nata?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, gerah sama maksud dengan panas, manakala perkataan rangdu tidak terdapat dalam Kamus Dewan.  Walau bagaimanapun, setelah merujuk pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, istilah rangdu ialah istilah sastera Melayu klasik yang tidak digunakan lagi dan hanya digunakan zaman tersebut. Rangdu ialah bahan yang berupa seperti bedak atau mekap untuk mengubah wajah seseorang. Saudara boleh menghubungi pegawai kami melalui e-mel ,saif@dbp.gov.my untuk lebih lanjut.Makna09.07.2013
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013

Kembali ke atas