apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? | Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul. | Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. | 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima Kasih | Ketiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan yang berlainan. Ayat kedua yang betul ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Saya ingin bertanya, apakah status ayat dalam contoh ini: Ahmad sedang belajar memasak asam laksa. Terdapat dua kata kerja, adakah "memasak asam laksa merupakan unsur keterangan? Adakah belajar kata kerja tak transitif berpelengkap atau tanpa pelengkap? Terima kasih. | Ayat ini merupakan ayat tak transitif. Frasa memasak asam laksa merupakan keterangan . Kata belajar ialah kata kerja tak transitif dengan keterangan kerana ayat Ahmad sedang belajar sudah lengkap dan frasa yang mengikutinya merupakan keterangan. | Tatabahasa | 03.06.2008 |
Emak memasak lauk di dapur. Ayat pasif ialah 1. Lauk dimasak oleh emak di dapur. atau 2. Lauk di dapur dimasak oleh emak. Terima kaish. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih. | Gina, Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
煲汤用mreneh or memasak sup | kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
1.Saya suka akan belajar di sini . Belakang suka akan bolehkah saya letakkan kata kerja ? 2. Emak memasak untuk kami. Ayat ini betul atau salah? memasak ialah kkt atau kktt ? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Saya suka belajar di sini. Tidak boleh meletakkan perkataan akan kerana kata akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, sedangkan perkataan belajar ialah kata kerja, bukan kata nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 untuk keterangan lanjut. 2. Emak memasak untuk kami betul dari segi tatabahasanya. Memasak ialah kata kerja aktif tak transitif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 144 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
emak di dapur sedang memasak. adakah ayat ini betul dan boleh diterima pakai. | Ayat yang gramatis ialah emak memasak di dapur. | Tatabahasa | 10.08.2012 |