a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*; | Tatabahasa | 28.02.2012 |
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong) | Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
Puan Faridah memasukkan dua______garam ke dalam masakannya. A. Cubit B. Jemput Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan di atas? Bolehkah terima kedua-dua pilihan ini? | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput garam lebih banyak kuantitinya daripada secubit garam. | Makna | 26.08.2014 |
puan zaharah memasukkan dua setengah gelas tepung ke dalam adunan itu | Ayat yang betul ialah "Puan Zaharah memasukkan dua setengah gelas tepung ke dalam adunan itu." | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Adik memasukkan jarinya ke dalam mulut. ayat ini betul atau salah | Dari segi struktur, ayat yang diberikan itu betul. Subjeknya 'adik' dan predikatnya ' memasukkan jarinya ke dalam mulut. | Tatabahasa | 30.04.2008 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Ayat yang betul ialah ayat kedua. Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Tatabahasa | 21.06.2014 |
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya bagi ejaan : Peruntukan Memasukkan Menggalakkan Terima kasih | Ejaan yang betul ialah peruntukan (apitan per-...-an + untuk), memasukkan (apitan meN-...-kan + masuk) dan menggalakkan (meN-...-kan + galak). | Tatabahasa | 25.04.2014 |
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu. Perlukah kita menambah imbuhan apitan bagi perkataan yang pertama jika terdapat dua kata terbitan digunakan dalam satu ayat? Contohnya: Mereka mengumpulkan dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik. Atau sebenarnya patut ditulis, 'Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik'?Terima kasih. | Ayat "Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik." sudah gramatis tanpa meletakkan imbuhan -kan bagi perkataan mengumpul. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Salam.. Saya ingin bertanya..antara kedua-dua ayat ini, yang manakah menunjukkan penjodoh bilangan yang sesuai? A. Puan Soong memasukkan selembar benang ke dalam lubang jarum. B. Puan Soong memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Jawapan yang tepat ialah selembar benang. | Tatabahasa | 08.11.2012 |