Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya.Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya.Tatabahasa31.12.2014
Salam, Kakak _____ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya. A mengopak B mengupas C mengopek D memenggal (A atau B atau C?) Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____ orang ramai menjaga keselamatan. A kecuaian B kelupaan C kelekaan D kealpaan (A atau D??) Apakah jawapan yang paling sesuai??1. Merujuk Kamus Dewan, perkataan mengupas juga membawa maksud mengopak dan mengopek. Oleh itu, ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 2. Jawapan yang betul ialah kecuaian. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna setiap perkataan yang tersebut.Tatabahasa19.06.2013
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, perĀ­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021

Kembali ke atas