Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih. | Salam sejahtera, Soalan 1 Jawapan yang betul: (a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Soalan 2 Jawapan yang betul (a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
| Tatabahasa | 04.06.2017 |
Assalam Tuan, Mohon penjelasan pola ayat bagi ayat berikut: Pemandangan indah di Pantai Morib sangat menakjubkan pelancong yang berkunjung ke sana. Jazakallahukhairan Azura | Pola ayat yang betul ialah Pemandangan indah di Pantai Morib sangat mengagumkan/memukau pelancong yang berkunjung ke sana. | Lain-lain | 10.10.2019 |
Adakah semua imbuhan meN..kan/ 'meN...i membentuk kata kerja terbitan? Jikalau ya,adakah perktaan 'menakjubkan' (dari kata adjektif)juga kata kerja terbitan? Bolehkah perkataan ini didahului kata penegas 'amat', yang menyokong kata adjektif? Perkataan lain yang sekedudukan dengannya seperti melestarikan, mempesonakan, mengagumkan dan sebagainya. | Terdapat kata kerja transitif yang membawa makna adjektif seperti pada halaman 555 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata kerja transitif yang membawa makna adjektif boleh menerima kata penguat amat. | Tatabahasa | 08.02.2017 |