Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan antara perkataan menanya and bertanya Ayat yang manakah betul ? Ayat: 1. Pada hari Ahad, Ana bertanya kepada ibunya... 2. Pada hari Ahad Ana menanya ibunya...Menanya bermaksud bertanya kepada; dan bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu. Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa02.08.2016
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan.Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain".Tatabahasa23.09.2014
Assalamulaikum En/Puan, Saya Ida dari Malaysian Institute of Accountant (MIA) ingin menanya beberapa soalan: 1. Kamus Dewan Bahasa yang terbaru adalah edisi berapa dan dikeluarkan pada tahun berapa? 2.Adakah Kamus Dewan Bahasa mempunyai 'on-line' pencarian?

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, terbit pada tahun 2005.

2. Kamus Dewan tidak ada dalam talian, namun saudara boleh layari laman web kami prpm.dbp.gov.my untuk mencari maksud/padanan kata/istilah yang diperlukan.

Lain-lain18.03.2009
Saya ingin menanya tentang perkataan "semata-mata". 1. Kedai ini bukan sebuah kedai herba Cina semata-mata. 2. Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina. - Yang mana betul? - Apakah golongan kata bagi perkataan "semata-mata.""semata-mata" sama makna dengan "hanya". Ayat yang tepat ialah:

Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina...

semata-mata/hanya - kata tugas
Tatabahasa01.10.2012
Saya menanya soalan berikut semalam dan menerima jawapan tuan . Sebenarnya ayat itu disalin daripada buke teks BM tahun 1 sjkc. Saya rasa ayat ini ialah ayat tergantung, cuma hendak mendapat pengesahan dari pihak DBP. ############### Soalan : Adakah "Hiasan daun kering itu pada dinding" gramatis? Jawapan : Mohon perjelaskan makna ayat yang ingin disampaikan dalam ayat diajukan. Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan mempunyai makna ialah “Hiasan daun kering itu di dinding”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. ##################

Ayat ini bukan ayat tergantung kerana ayat mempunyai binaan Subjek dan Predikat. Subjek terdiri daripada Frasa Nama [Hiasan daun kering] + kata tunjuk [itu] manakala predikatnya terdiri daripada Frasa Sendi Nama [di dinding].

Pola ayat ini ialah Pola 4: Frasa nama + Frasa Sendi Nama.  Sila rujuk Bab 16 Ayat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 431-581.

 

Tatabahasa14.03.2014
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut.Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan.Makna02.11.2007

Kembali ke atas