Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa.. | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.07.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin menanyakan 1. Apakah beza penggunaan BESAR KEMUNGKINAN dengan KEMUNGKINAN BESAR dalam ayat. | Besar kemungkinan dan kemungkinan besar, membawa maksud yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh ayat: Besar kemungkinan - Besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja. Kemungkinan besar - Ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan1"> | Istilah | 25.06.2015 |
Tuan, apakah perbezaan antara frasa-frasa di bawah? 1. bertanya tentang soalan 2. bertanyakan soalan 3. menanyai guru soalan 4. menanyakan soalan kepada guru Soalan 1: Adakah struktur frasa "menanyakan soalan kepada guru" betul? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"? Soalan 3: Apakah maksud "frasa"? Soalan 4: Berdasarkan formula yang diberikan oleh cikgu BM saya, "menanyai" hadir di depan objek bernyawa, manakala "menanyakan" hadir di depan objek tidak bernyawa. Dalam maksud lain, selepas "menanyai" hendaklah meletakkan objek bernyawa dan selepas "menanyakan" haruslah meletakkan objek tidak bernyawa. Adakah pernyataan ini betul? Atau perbezaan perkataan "menanyai" dengan "menanyakan" dikaji melalui maksud dan bukan formula? Adakah formula guru BM saya ini berguna dan berkesan? Sekian sahaja masalah saya. Terima kasih. | Frasa bermaksud satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat. Perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan" ialah bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Pernyataan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu saudara adalah betul, iaitu "menanyai" diikuti objek bernyawa, manakala "menanyakan" diikuti objek tidak bernyawa. | Tatabahasa | 01.05.2014 |
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda? | Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga. Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda? | Lain-lain | 09.07.2010 |
Tuan, minta teliti ayat ini. 1. Saya berasa / merasai / merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak kita fahami semasa guru sedang mengajar. Dalam ayat (1), kata kerja yang harus digunakan ialah "berasa", "merasai" atau "merasakan"? | Kata kerja yang harus digunakan dalam contoh ayat saudara ialah "Saya merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak difahami semasa guru sedang mengajar." | Tatabahasa | 30.12.2014 |
Perbezaan penggunaan perkataan antara walau bagaimanapun dengan bagaimana | Bagaimana bermaksud: 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun; Bagaimanapun bermaksud: biar apa pun yg terjadi; Kedua-dua perkataan tersebut berlainan maknanya dan sudah tentulah cara penggunaannya dalam ayat pun pasti berbeza. | Lain-lain | 21.08.2009 |
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. | 1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia. 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 18.05.2009 |
Saya hendak menanyakan masalah berkenaan kata kerja ayat suruhan "garisi". Contoh ayat: 1. Garisi kata-kata kerja transitif yang mempunyai kesalahan imbuhan dalam petikan. Dalam ayat (1), dengan perkataan "garisi", arahan soalan mengarahkan pelajar membuat garis DI BAWAH, atau PADA kata-kata kerja transitif? Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa sama ada arahan soalan menyuruh kita membuat garis DI BAWAH atau PADA sesuatu perkataan atau frasa dengan penggunaan perkataan "garisi"? | Ayat ini hanya ditemukan dalam laras peperiksaan. Lazimnya arahan ini mengehendaki pelajar membuat garis di bawah perkataan yang dimaksudkan. Sepatutnya tidak timbul lagi persoalan membuat garis di bawah atau pada perkataan tersebut. | Tatabahasa | 27.12.2014 |
Tuan, saya hendak menanyakan bahawa di mana boleh saya dapatkan buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 dan Jilid 2 yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? Saya rasa bahawa mungkin buku ini telah lama wujud, jadi mungkin susah untuk dicari. | Untuk makluman puan, buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita bukan diterbitkan oleh DBP. Puan boleh menghubungi syarikat K-Publishing Sdn Bhd berkenaan buku tersebut atau kedai-kedai buku di Malaysia. | Lain-lain | 05.07.2014 |
Tuan, saya hendak menanyakan ayat songsang. Adakah ayat-ayat di bawah ini ialah ayat pasif susunan songsang? 1. Elok dibezakan penggunaan "baharu" dan "baru". 2. Dalam laman web rasmi ini, mesti digunakan bahasa bahasa Melayu. Adakah ayat-ayat di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (3) dan ayat (4) di bawah? 3. Penggunaan "baharu" dan "baru" elok dibezakan. 4. Dalam laman web rasmi ini, bahasa Melayu mesti digunakan. Saya selalu melihat penulis suka menggunakan ayat pasif susunan songsang yang mengandung kata kerja berawalan di- ini seperti dalam ayat-ayat contoh di atas. Bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Adakah ayat (5) di bawah ini ayat pasif susunan songsang? 5. Dipersilakan saudara Ali untuk membaca doa. Ayat (5) selalu digunakan dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolah saya. Adakah ayat (5) di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (6) di bawah ini? 6. Saudara Ali dipersilakan untuk membaca doa. Sekadar ingin tahu. Terima kasih tuan! | Ayat aktif terdiri daripada: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Ayat pasif pula ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai pradikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek. Contoh: Ayat aktif: Anjing itu mengejar kucing. Ayat pasif: Kucing itu dikejar anjing. Ayat pasif songsang: Dikejar anjing kucing itu Contoh: Ayat aktif: Adik saya comel. Ayat pasif : (Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang mengandungi kata kerja.) Ayat songsang: Comel adik saya. Bagi ayat pertama dan kedua, memang betul ayat tersebut ialah ayat pasif susunan songsang daripada contoh ayat ketiga dan keempat. Begitu juga dengan ayat lima merupakan ayat pasif susunan songsang daripada ayat keenam. Terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2014 |