| 1) Ibu mencincang daging sehingga lumat. Atau; 2) Ibu mencencang daging sehingga lumat. | Perkataan mencencang dan mencincang dalam kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. - Ibu mencencang daging sehingga lumat.
- Ibu mencincang daging sehingga lumat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2022) halaman 414 dan 436 atau layari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP melalui https://prpm.dbp.gov.my/. | Tatabahasa | 02.11.2024 |
| Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat? | Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
| Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ? | Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau. | Tatabahasa | 16.06.2013 |