Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pa.ti] | منمڤتي

Definisi : 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pa.ti] | منمڤتي

Definisi : mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa makna: 1. Penempatan 2. PetempatanBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna14.05.2013
maksud perkataan pertempatan

Tiada imbuhan "per" bagi perkataan tempat, yang betul ialah penempatan (hal atau perbuatan menempati atau menempatkan) dan petempatan (kawasan yang ditempati atau untuk menempatkan sekumpulan orang dan lain-lain).

Tatabahasa19.04.2009
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini.Makna12.02.2012
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat.Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.Makna02.07.2012
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul?Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks.Tatabahasa27.01.2012
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam

1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu.

2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka  r dalam awalan ter- tidak gugur.

Tatabahasa15.12.2010
perbezaan antara PENEMPATAN, PERTEMPATAN ATAU PETEMPATAN yang mana satu ejaan yang betul? Cth ayat : Kawasan yang satu lagi adalah kawasan PERTEMPATAN dan perniagaan lama yang berkembang sehingga ke luar jajaran Kota.Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks kecuali pertempatan.Tatabahasa15.05.2009

Kembali ke atas