Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.pa.ti] | منڤتي

Definisi : 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Beralih kain di balik rumah;
     beralih cakap di balik lidah.

Bermaksud :

Tidak menepati janji.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Disiplin dan menepati masa merupakan dua faktor yang boleh menjadikan kerja seseorang itu bagus. MUNSYI, ADAKAH BAGUS SALAH DALAM AYAT INI? APAKAH KATA SESUAI DIGANTIKAN?Bagus bermaksud berkeadaan atau bersifat baik dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang sesuai ialah baik, teratur dan sebagainya.Tatabahasa15.04.2012
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013
Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR) Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua.............panahnya menepati sasaran. a. busar b. busur c. baur d. sulur pada pandangan saya soalan ini salah sepatutnya anak panah yang menepati sasaran bukan nya busur(tempat melepaskan anak panah) atau juga baur yang mempunyai makna yang sama. Apa komen tuan..Saya sependapat dengan saudara. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk perhatian mereka.Istilah18.05.2011
Adakah banner ini menepati DBP?Sila buat pindaan bagi frasa hanya 3, botol anda... menjadi hanya 3 botol, anda... iaitu penggunaan tanda koma dalam ayat.

Setelah membuat pindaan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan.
Tatabahasa25.07.2013
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan.Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan.Tatabahasa19.06.2012
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya.Ayat 2 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.  Manakala  kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lainTatabahasa24.02.2009
Maaf tuan, jawapan yang tuan berikan kurang menepati soalan yang saya tanya. Di sini saya lampirkan semula soalan yang ditanya dengan lebih terperinci. Sekian, terima kasih.Soalan saudara kami kemukakan kepada yang lebih pakar. Kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapan.Tatabahasa17.04.2013
Maaf tuan, jawapan yang tuan berikan kurang menepati soalan yang saya tanya. Di sini saya lampirkan semula soalan yang ditanya dengan lebih terperinci. Sekian, terima kasih.Soalan saudara kami kemukakan kepada yang lebih pakar. Kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapan.Tatabahasa17.04.2013
Adakah penggunaan penanda wacana 'selain daripada itu menepati sistem bahasa yang tepat?Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada.Tatabahasa20.09.2006
Saya ingin bertanya adakah papan iklan saya ini menepati peraturan dewan bahasa dan pustaka untuk memohon lesen dari DBKLUntuk pengesahan iklan layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa".Lain-lain02.02.2012
123456

Kembali ke atas