Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rut] | مڠاروت

Definisi : 1. menyebabkan karut, menga­caukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rut] | مڠاروت

Definisi : bercakap karut; berbohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karut (adjektif)
1. Bersinonim dengan yang bukan-bukan: bohong, dusta, tidak benar, tidak munasabah, tidak logik,
Berantonim dengan benar

2. Bersinonim dengan kacau: kalut, kusut, sibut, kalut, tak keruan, tak menentu,
Berantonim dengan tenang

Kata Terbitan : mengarut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih.Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut.

Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan.
Tatabahasa16.04.2013
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009

Kembali ke atas