Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. | Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil. 3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita. 4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu. 2. Rumah kecil itu milik saya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 19.01.2024 |
"diperkecilkan" atau "diperkecil" oleh golongan masyarakat. yang manakah betul? | Kata terbitan yang betul ialah memperkecil dan mengecilkan, bentuk pasifnya diperkecil dan dikecilkan. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
saya nak tanya padanan bagi perkataan berikut. 1. Unprovoked 2. Trivial 3. Trivialise | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan padanan bagi istilah unprovoked ialah tanpa diberangsangkan, trivial pula bermaksud remeh, dan trivialize bermaksud mengecilkan. | Makna | 02.03.2017 |
Saya dengan hormat sekali ingin bertanya jika Germany = Jerman, mengapakah dalam Istilah BM Germanic menjadi Germanik dan bukan Jermanik? Juga adakah salah jika "Germanic languages" diterjemahkan sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" kerana Jerman dan Germanik berbeza? | "Jerman" dan "Germanik" memang berbeza - yang pertama merujuk negara, yang kedua merujuk rumpun linguistik/budaya yang lebih luas. "Germanik" dicadangkan istilah yang tepat untuk merujuk kepada kelompok linguistik, budaya, atau sejarah yang lebih luas, manakala "Jerman" merujuk khusus kepada negara Jerman atau bahasa Jerman. Menterjemahkan "Germanic languages" sebagai "Bahasa-bahasa Jerman" adalah kurang tepat kerana mengecilkan skop kelompok bahasa Germanik. Istilah yang betul ialah "Bahasa-bahasa Germanik". Ini mencerminkan kelompok bahasa yang berkongsi asal-usul linguistik yang sama dari cabang Indo-Eropah, seperti yang ditakrifkan dalam ilmu linguistik. Sebagai misalan: Bahasa Jerman (Deutsch) adalah salah satu bahasa dalam keluarga Germanik. Bahasa Inggeris, walaupun digunakan di negara yang tidak berkaitan dengan Jerman, juga merupakan bahasa Germanik kerana asal-usulnya dari suku-suku Anglo-Saxon yang merupakan sebahagian daripada kelompok Germanik. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.06.2025 |