Mengapakah perkataan 'memperakui' dianggaplewah sedangkan perkataan 'memperakukan' tidak? | Kedua-duanya betul dan dapat digunakan mengikut konteks makna ayat. Kedua-duanya berlainan makna. Memperakui bermaksud mengesahkan seperti mengesahkan sijil seperti yang asal, mengesahkan sesuatu tindakan yang dibuat betul menurut peraturan yang ditetapkan. Memperakukan bermakna menyokong atau menyetujui seperti ketua jabatan menyokong kenaikan pangkat stafnya dan mengemukakan sesuatu itu sebagai baik seperti memperakukan penggunaan Tatabahasa Dewan kepada pelajar di sekolah antarabangsa. Jadi soal lewah tidak timbul jika penggunaan kedua-dua kata itu tepat menurut kehendak maksud ayat. Wallahualam. | Tatabahasa | 20.03.2016 |
Apakah perbezaan antara "menentusahkan" dan "mengesahkan"? Terima kasih | Mengesahkan bermaksud membenarkan (verify), manakala menentusahkan lazimnya digunakan sebagai terjemahan act of verifying. | Makna | 09.11.2017 |
Bahasa kebangsaan "mengesahkan" kedudukan kumpulan utama dan "memberikan" kesedaran tentang identity budaya pada peringkat kebangsaan. 1) mengesahkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif? 2) adakah memberikan merupakan kata kerja transitif aktif? | Kedua-dua perkataan "mengesahkan" dan "memberikan" ialah kata kerja aktif transitif kerana mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Tuan, adakah ayat "Guru pakar tersebut mengesahkan bahawa buku itu berkualiti." boleh disongsangkan menjadi "Bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebut mengesahkan." ? Adakah penyongsangan ayat majmuk pancangan komplemen dibuat dengan cara demikian? | Ayat majmuk tersebut boleh diubah kepada ayat songsang menjadi mengesahkan bahawa buku itu berkualiti guru pakar tersebut. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "sahkan" dan "mengesahkan"? Sila berikan contoh. Sekian, terima kasih. | Sahkan lazimnya digunakan dalam arahan atau kata perinta, seperti sila "sahkan kehadiran tuan", manakala mengesahkan bermaksud mengakui bahawa sesuatu benar, seperti beliau mengesahkan ketuanya akan berada di Tokyo selama empat hari. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Tolong mengesahkan perkataan "GALERI PENGANTIN" adalah betul bagi papan iklan galeri pengantin saya. terima kasih. | Perkataan GALERI PENGANTIN adalah betul. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Sila mengesahkan penggunaan Bahasa Malaysia pada visual iklan papan tanda untuk permohonan pemasangan iklan ke Jabatan Pelesenan. | Penggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 04.04.2012 |
sila mengesahkan pengunaan bahasa Melayu dalam iklan ini. | Nama yang dipaparkan betul dari segi bahasa dan iklan ini boleh dikemukakan kepada pihak kami untuk pengesahan salinan asal. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Saya ingin mengesahkan penggunaan perkataan apa yang sesuai dalam konteks ayat ini sama ada 'di' atau ' dalam': KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU 'DI'/'DALAM' PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI sebelum ini saya menggunakan perkataan di bagi menunjukkan program sekolah wawasan tu sebagai tempat...sekiranya saya menggunkan 'di' adakah betul dri segi tatabahasa? Terima kasih | Penggunaan kata dalam menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Manakala penggunaan kata sendi nama di - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Maka ayat yang betul ialah KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI | Tatabahasa | 13.03.2020 |
Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih. | Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih | Makna | 08.08.2019 |