Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tua.i] | مڠتواءي

Definisi : mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tua.i] | مڠتواءي

Definisi : menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
Apa beza antara RAJA dan SULTAN?Mengikut makna kamus, raja ialah orang yang memerintah atau mengetuai sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Sultan ialah bahasa Arab yang bermaksud raja yang memerintah. Pada asanya kedua-duanya sama, raja  ialah ketua sesebuah negara seperti Raja Jordan, namun ada negara yang menggunakan gelaran sultan seperti Sultan Brunei.Makna04.04.2014
Assalamualaikum. Apakah maksud bagi perkataan Naqib? Adakah perkataan Naqib sesuai untuk digambarkan sebagai seorang ketua atau pemimpin? Adakah perkataan tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks penggunaan ayat bahasa Melayu? Contoh ayat: Kita memerlukan seorang naqib untuk mengetuai perbicangan ini.Perkataan naqib merupakan perkataan Arab yang bermaksud ketua. Oleh itu, dalam bahasa Melayu, perkataan ketua yang digunakan bagi mengungkapkan maksud yang berkenaan contohnya kita memerlukan seorang ketua untuk mengetuai perbincangan ini.Makna29.01.2020
Saya ingin mendapatkan terjemahan bahasa melayu untuk: 1. page views 2. online leads Terima kasihTerjemahan dalam bahasa Melayu, dicadangkan:

1. Page views - Paparan halaman
2. Online leads - Mengetuai dalam talian
Penyemakan dan penterjemahan26.07.2015
Apakah kata ganti nama diri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ayat di bawah? Baginda atau beliau? Terima kasih. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia. Baginda/Beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1. Menurut data kami, kata ganti nama diri bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah "beliau".
Lain-lain09.08.2016
Saya Nama Hunafah Kuteh belajar Bahasa Melayu Dasar Ingin Bertanya Bahasa Melayu, Apakah makna Mentri. Terima KasihUntuk makluman, "Mentri" tidak ada dalam data DBP. Akan tetapi, "Menteri" bermaksud ahli politik daripada parti pemerintah yang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet.Makna28.10.2015
Saya ingin menghubungi Puan Zaharah Nawawi yang pernah membimbing saya dalam penulisan sebelum ini . Saya ingin alamat email beliau .Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang ada Puan Zaharah Nawawi mengetuai KEPEZI dan beliau boleh dihubungi melalui persatuan tersebut.Lain-lain08.06.2012
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan.Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam.Lain-lain23.06.2008
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Makna22.09.2014
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
12

Kembali ke atas