Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.bur] | مڽمبور

Definisi : 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.bur] | مڽمبور

Definisi : 1 mengubati sesuatu penyakit dgn jampi dan sembur. 2 menyebabkan sesuatu disembur dgn: Dia ~ keretanya dgn cat berwarna biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih.Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan.Tatabahasa04.12.2014
Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan?

Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat.

Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat.
Istilah17.02.2014
Melvin sedang menggosok tayar kereta dengan berus manakala bapanya menyembur air sambil mengelap kereta. sama ada "manakala" dan "sambil" boleh digunakan dalam satu ayat yang sama?

Manakala dan sambil boleh digunakan dalam satu ayat yang sama. Manakala  ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sambil pula bermaksud pekerjaan yg di­lakukan bersama-sama dengan pekerjaan yang lain.

Tatabahasa17.02.2014

Kembali ke atas