Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya tentang pertama, keberadaan subjek dan predikat dalam ayat ini. Memandangkan ia ayat majmuk, adakah ayat ini mempunyai lebih daripada 1 subjek dan 1 predikat? "Tapi dia dan isterinya tidak pernah sembahyang maka itu Johan ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya." Kedua, adakah ayat di bawah ini ayat songsang? "Johan pasti ke bilik Pak Kudus, orang tua yang menjadi tukang kebun rumahnya, fikir Ahmadi." Terima kasih.

Subjek dan predikat merupakan pola bagi pembentukan ayat dasar. Contohnya, Encik Ahmad guru sekolah. Encik Ahmad merupakan subjek dan guru sekolah ialah predikat. Manakala ayat majmuk pula ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contohnya Johan dan isterinya tidak pernah sembahyang maka dia pun pergi ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya. Dalam contoh tersebut, terdapat 3 ayat tunggal yang digabungkan menjadi satu ayat. 1">

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 250-254 dan 497-522.1">

Ayat kedua ialah dialog dalam karya sama ada cerpen atau novel. Dalam dialog, penulis biasanya berkecenderungan menggunakan bahasa percakapan seharian. Sedangkan ayat songsang pula merupakan ayat terbalik atau songsang, iaitu predikat mendahului subjek. Contoh ayat songsang, Comel kucing itu. Perkataan comel merupakan predikat dan kucing itu ialah subjek. 1">

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457-458.

Tatabahasa30.09.2021
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145.
2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang.
3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.  
Tatabahasa24.03.2012
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif.
2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif.
3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif.
4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif.
6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif.
7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut.
 
Tatabahasa24.03.2012
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Adakah proses dan acara berbeza?Ya, proses dan acara mempunyai makna yang berbeza. Proses bermaksud:

1. satu siri tindakan atau operasi yang dilakukan atau yang perlu diikuti untuk membuat atau melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: Proses pelantikan perunding hendaklah dibuat mengikut prosedur. 
2. perubahan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau tanpa disedari, biasanya melibatkan tempoh yang panjang. Contoh ayat: Kekurangan nutrisi boleh mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak.
3. kaedah atau teknik untuk membuat atau menghasilkan sesuatu barangan, khususnya dalam industri. Contoh ayat: Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likuor koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C.

Manakala acara bermaksud:

1. jenis permainan dalam sukan yang dipertandingkan, misalnya lari berganti-ganti, badminton atau menembak. Contoh ayat: Acara lompatan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah.
2. perkara yang dilaksanakan oleh masyarakat mengikut adat atau kebiasaan, misalnya semasa majlis perkahwinan atau dalam kehidupan. Contoh ayat: Pengantin lelaki menyempurnakan acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan sebentuk cincin.
3. bahagian atau seluruh kegiatan yan
g disusun dan dijadualkan untuk dilaksanakan bagi menjayakan sesuatu upacara, persembahan, sambutan dan sebagainya. Contoh ayat: Acara ini bermula dengan ucapan Ketua Pengarah.
4. kegiatan, program atau majlis khusus yang diadakan untuk tujuan tertentu. Contoh ayat: Acara Forum Remaja akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Terima kasih.
Makna08.11.2024
'Adik bermain bola.' Mengapakah 'bermain' dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif seperti yang dijelaskan dalam arkib soalan tetapi dalam ayat 'Adik sedang bermain.' pula, kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitifif tanpa pelengkap?

Dua ayat yang dikemukakan:

A.   Adik sedang bermain.

B.   Adik bermain bola.

1. Perkataan bermain pada ayat A dan B di atas ialah kata kerja tak transitif tanpa pelengkap iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksud ayat. Perkataan bola pada ayat B bukan objek tetapi frasa keterangan. Ayat "Adik bermain." ayat lengkap. Perkataan atau frasa selepasnya berfungsi sebagai keterangan. Contohnya: Adik bermain di padang.  Adik bermain dengan kawannya. Perkataan bermain dalam ayat B bukan kata kerja transitif. Dalam pembentukan kata kerja, perkataan yang menerima imbuhan awalan beR- menjadi kata kerja tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap; tidak ada yang menjadi kata kerja transitif.

2. Untuk makluman, pihak kami sedang berusaha memperbaiki perkhidmatan KNDBP berkaitan pertanyaan bahasa. Antaranya ialah mengenal pasti jawapan-jawapan yang tidak tepat di dalam arkib untuk dimansuhkan. Terima kasih kerana membantu kami mengenal pasti kesilapan yang dilakukan. Kami memohon maaf atas perkara ini. 

Tatabahasa27.04.2011
Bagaimanakah cara membezakan Ayat Kata Kerja Pasif Berawalan ber dengan Ayat Aktif Kata Kerja Tak Transitif yang menggunakan ber?

Bagi ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja imbuhan ber-, ayat berbentuk begini, bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.

Contohnya:

Baju itu berjahit dengan benang sutera.

Manakala, ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif:

1)    1. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat jenis ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan pilihan. Contohnya:

a)      Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.

b)      Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.

 

2)    2. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat aktif ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contohnya:

Kebanyakan pelajar itu berasal dari utara Semenanjung.

Tatabahasa01.02.2024

Kembali ke atas