Asalamualaikum, Soalan pertama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang menyeragamkan kepala surat (letter head) seluruh negara. Adakah perlu atau mesti diletakkan tanda koma (,) pada setiap baris ayat ( contoh seperti dibawah). Soalan kedua, adakah perlu diulangi perkataan Kastam Diraja Malaysia selepas Ibu Pejabat atau Ibu Pejabat Kastam sahaja dan soalan ketiga, mana yang betul 'Diraja" atau "Di Raja' atau 'di Raja' atau'Di raja' atau 'DiRaja'. Contoh kepala surat:- JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA, CAWANGAN KOMUNIKASI AWAM, ARAS 7, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, NO. 3, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, 62596 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Tetima kasih atas nasihat tuan. | Saudara, 1. Tanda koma perlu diletakkan di setiap baris alamat dan diakhiri dengan tanda titik. 2. Perkataan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan nama penuh organisasi digunakan sepenuhnya 3. Perkataan 'Diraja' dieja bersambung, iaitu sebagai satu perkataan. | Lain-lain | 06.08.2009 |
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku | Saudara, Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat. Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. | Lain-lain | 01.07.2010 |
sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan bahasa melayu | Dalam pembinaan bahasa Melayu DBP bertanggungjawab antaranya membentuk dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang, menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, mengusahakan pelbagai kamus, mengusahakan buku tatabahasa bahasa Melayu dan membina pangkalan data korpus bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dan penyelidikan . Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 24.07.2008 |
pembinaan kosa kata bahasa melayu berubah mengikut zaman.. | Pembinaan kosa kata bahasa Melayu tidak berubah mengikut zaman, yang berubah ialah ejaan berdasarkan pola keselarasan bagi menyeragamkan bentukejaan. | Tatabahasa | 16.02.2009 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat? | 1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya. 2. Istilah luar negara lebih tepat. | Lain-lain | 20.07.2010 |
Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan? | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 31.05.2016 |
apakah kepentingan bahasa baku dalam dunia hari ini? | Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat. Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. masalah | Lain-lain | 31.07.2013 |
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku | Puan, Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain daripada kebiasaan yang dituturkan. | Tatabahasa | 22.06.2010 |