Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
1) Apakah penjodoh bilangan untuk hantu ? 2) Bagaimanakah untuk memastikan sama ada kata majmuk itu ditulis jarak atau cantum ? 3) Situasi yang manakah sesuai digunakan kata ganti nama 'anda' ?Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia, ataupun tidak perlu dirangkaikan dengan penjodoh bilangan bagi kata hantu.Tatabahasa24.01.2015
Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih.

1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang.

2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut.

Istilah21.07.2011
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan" reproductive" di dalam konteks " women's reproductive life"Menurut pangkalan data DBP, reproductive:
 
1. Berkaitan dengan pembiakan atau berupaya untuk membiak.
2. Menyerupai atau mengalami proses pembiakan.
3. Individu yang menjalankan pembiakan.

Akan tetapi, disebabkan tidak ada ayat lengkap, pihak kami tidak dapat memberikan makna yang tepat. Mungkin juga boleh membawa maksud tempoh kesuburan wanita.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2015
1)apakah terjemahan istilah "over couch" dan "under couch" bagi jenis mesin fluoroskopi di hospital? 2) apakah terjemahan istilah "phantom" iaitu sejenis patung yang digunakan sebagai pengganti manusia ketika uji kaji klinikal dijalankan.Untuk makluman puan, perkataan "over couch" dan "under couch" tiada dalam pangkalan data kami. Dalam pangkalan data kami hanya terdapat perkataan "couch" yang membawa maksud kerusi katil.

Mengikut pangkalan data kami, padanan untuk "Phantom" ialah "Fantom" yang membawa maksud bahan yang dibina menyerupai bentuk sesuatu organ dan boleh memberi imej organ tersebut bila dimasukkan bahan radioaktif ke dalamnya.
Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.

Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
Tatabahasa24.12.2013
apakah yang dimaksudkan dengan gubir?Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir.Makna21.02.2013
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023
Apakah terjemahan paling tepat untuk perkataan ini? Terima kasih. 1) Likeability Contoh ayat: In the same vein, attitude towards organ donation registration was found to mediate the relationship between likeability and authenticity towards intention to register as organ donors. 2) Admirability Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude. 3) Celebrity-Cause Congruence Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude.Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1) Likeability = kesesuaian
2) Admirability = kekaguman
3) Celebrity-Cause Congruence = sikap yang menyerupai selebriti.

Namun begitu, terjemahan yang sejadi (natural) perlu dilihat juga pada ayat sebelum dan ayat selepas ketiga-tiga perkataan tersebut.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
12

Kembali ke atas