Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.zia.ra.hi] | منزيارهي

Definisi : 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.zia.ra.hi] | منزيارهي

Definisi : mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a)Ai Ling menziarahi nenek di rumah.(b)Ai Ling menziarahi nenek di ruang tamu.~Bolehkah menziarahi "di rumah" atau "di ruang tamu"?Terima kasih.Ayat Ai Ling menziarahi nenek di rumahnya, boleh diterima. Tatabahasa18.03.2015
Kim Ho menziarahi nenek dengan gembira.~Adakah penggunaan "dengan gembira" sesuai dalam ayat tersebut?Terima kasih.Ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa16.03.2015
( Pada minggu lalu,Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung) Adakah perkataan minggu boleh dikira sebagai kata nama am?Kata 'minggu' dalam ayat 'Pada minggu lalu, Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.' tergolong sebagai kata nama am.Tatabahasa21.03.2007
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Semua rakyat Malaysia diseru supaya ziarah-menziarahi pada musim perayaan. Adakah soalan ini betul?Ayat tersebut kurang jelas.  Perkataan "supaya" dalam ayat  hendaklah menerangkan maksud ayat sebelumnya.  Ayat tersebut sepatutnya, "Semua rakyat Malaysia digalakkan ziarah-menziarahi untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan".Tatabahasa01.03.2010
Adakah ayat-ayat ini betul ? 1. Kita mesti bersikap kasih sayang dengan seperti menziarahi nenek di kampung. 2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak. 3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak.1. Ayat pertama dibetulkan menjadi "Kita mesti menyayangi dan sering menziarahi nenek di kampong".
2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak.
3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak.
Tatabahasa03.02.2015
apakah makna lawatan?

Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan.

Makna10.10.2009
mana ayat yang lebih betul Menziarah kematian atau melawat kematianYang betul ialah menziarahi kematian.Lain-lain04.05.2016
Selamat sejahtera Encik/Puan 1. Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung. Ayat 1 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? 2. Kami melawat ke hospital untuk menziarahi datuk yang sakit. Ayat 2 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? Terima kasih.

Cadangan ayat yang betul ialah:

 1.    Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung.
 2.    Kami menziarahi datuk yang sakit di hospital.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 1284 dan 2527.


Tatabahasa01.10.2023
Selamat sejahtera . Bagaimanakah cara menentukan sesuatu ayat itu ayat majmuk? Ayat yang berikut ini ayat tunggal atau ayat majmuk? Ayat: Kalang menziarahi saudaranya, Assan, di Sri Aman.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ayat contoh yan saudara berikan bukanlah tergolong dalam ayat majmuk.
Tatabahasa02.01.2013
12

Kembali ke atas