1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA | Puan Norfaharin, Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri. Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: perlanggaranperihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.meniduri1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama. | Tatabahasa | 18.03.2009 |
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;. Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;. Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya. | Tatabahasa | 23.02.2013 |
Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian. | Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut: baru kata adjektif 1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya. 2 .... 9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan. kata bantu 10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas. 11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka. 12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku. baharu kata adjektif 1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri. 2 .... 8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar. kata bantu 9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka. 10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah. 11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk. Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya. | Makna | 12.01.2024 |