Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan asal perkataan 'tetamu'. Adakah 'tamu-tamu' atau tetamu itu sendiri merupakan 1 perkataan? Jika bergitu, adakah salah jika saya gunakan 'tetamu-tetamu' dan 'para tetamu'? Sekian, terima kasih.Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu.Tatabahasa02.07.2013
Soalan 1: ...merupakan antara rancangan televisyen yang bermanfaat. Betulkah penggunaan "merupakan antara"? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bersama-sama" dengan "bersama"?1. Frasa yang gramatis "... dalah antara...".
2. Bersama dan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. Kamus Dewan memberikan makna yang sama, namun dalam penggunaan harian kita membezakan penggunaanya, sama ada menggunakan bersama dengan atau bersama-sama.
Tatabahasa31.01.2015
1) Merupakan seorang pekerja atau ketua kampung yang berpengaruh di kampung asalnya dan perjalanannya ditanggung oleh majikan serta mendapat komisyen untuk setiap pekerja yang dibawa masuk atau rekrut oleh beliau. Saya ingin tahu siapakah yang dimaksudkan di dalam pernyataan tersebut? 2) Ejen Kerajaan India telah dilantik untuk menyiasat aduan pekerja dikenali sebagai? Terima kasih.

Harap maaf, pihak kami  tidak dapat memberi maklum balas tentang persoalan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Oleh itu, kami mencadangkan agar sdr. merujuk terus dengan Kementerian Sumber Manusia atau Kedutaan India di Malaysia 

Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Lain-lain11.11.2010
tuan, 1. Dia merupakan seorang pelajar yang disegani Dia merupakan pelajar yang disegani. Kedua-dua ayat ini , Dia merupakan pelajar yang disegani.(betul)Saya amat kekeliruan mengapakah seorang tidak boleh digunakan. TKKedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama menggunakan penjodoh bilangan (seorang) dan ayat kedua tanpa penjodoh bilangan.Tatabahasa18.01.2012
Jeremy ingin menyertai kempen ini kerana abangnya, Alvin merupakan pengerusi kelab yang menjayakan kempen tersebut. Soalan 1. kata kerja transitif bagi ayat di atas ialah _______? Soalan 2. Apakah jenis golongan kata bagi "merupakan" jika "merupakan" bukan kata kerja transitif? Terima kasih atas pencerahan.

1. Kata kerja transitif bagi ayat yang diberikan ialah “menjayakan”.  

2. Kata “merupakan” tergolong dalam kata kerja tak transitif.

Tatabahasa17.08.2023
Sila pilih perkataan yang merupakan kata sendi nama. 1. apabila 2. setelah

Kedua-dua perkataan bukan merupakan kata sendi nama tetapi merupakan kata hubung pancangan keterangan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut.

Tatabahasa14.10.2021
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Assalamualaikum. Saya mohon bantuan menentukan pola ayat di bawah. 1. Bencana alam merupakan kemusnahan alam sekitar. Ada yang menyatakan polanya FN+FN. Walau bagaimanapun dalam tesaurus merupakan digolongkan sebagai kata kerja. Harap dapat dijelaskan dalam situasi bagaimana perkataan itu boleh menjadi kata nama.Terima kasih ya. 2. Adakah perkataan mengandungi digolongkan sebagai kata kerja? Terima kasih

Kata “merupakan” tergolong dalam kata kerja tak transitif. Perkataan “merupakan” membawa makna lain apabila menerima apitan kata kerja meN... kan. Oleh yang demikian “merupakan” tidak tergolong dalam kata nama.

Perkataan “mengandungi” digolongkan sebagai kata kerja transitif.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 190-193. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 957, 1918.

Tatabahasa16.01.2024
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasihMengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. Makna18.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas