Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll); bermuridkan sl mengambil sbg murid, men­jadi guru kpd: ia pun ~ Laksamana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rid] | موريد

Definisi : = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru; pelajar: ~ tua bekas pelajar sesebuah sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murid (kata nama)
Bersinonim dengan pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, canterik, cekel;,

Peribahasa

Bak nyiru bak tampian,
     bak guru bak anak sasian.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tampal jadual bertugas murid-murid di papan kenyataan.Mana satu yang sesuai digunakan sebagai tajuk jadual tersebut?Jadual Bertugas Murid-murid tahun 6 atau Jadual Tugas Murid-murid tahun 6 atau ada frasa lain yang lebih betul?Ayat yang betul ialah "Jadual Tugas Murid-murid Tahun 6".Tatabahasa02.06.2012
dia adalah/ialah antara murid/murid-murid pandai .? terdapat dua soalan .. adalah/ialah dan murid/murid2

Merujuk kepada Koleksi Pedoman Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP, kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebenarnya, sering berlaku kekeliruan apenggunaan kedua-dua kata ini.

Namun demikian, bagi membantu saudara, kata kunci yang boleh saudara gunakan bagi membezakan contoh ayat yang diberikan atau kegunaan pada masa hadapan ialah:

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

Tatabahasa09.01.2008
1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Tugas guru adalah mengajar murid-murid. Yang manakah betul?Ayat yang gramatis "Tugas guru mengajar murid-murid".Tatabahasa19.07.2012
i) Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... ii) Di akhir pengajaran, murid-murid dapat ..... Antara dua ayat ini, ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ......Lain-lain29.04.2010
Tentang persoalan penggunaan kata "antara". Yang manakah betul? Antara (murid-murid / murid ) di kelas 6 Bestari, Shela yang paling rajin.Ayat yang betul ialah 'Antara murid di Kelas 6 Bestari, Sheila yang paling rajin.'  Kata sendi nama antara biasanya dikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.Tatabahasa13.08.2011
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IVHanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah.Lain-lain19.08.2010
Selamat pagi. Saya masih musykil tentang penggunaan "belaka" a) Murid-murid itu amat bijak-bijak belaka. b) Murid-murid itu amat bijak belaka. c) Murid itu bijak-bijak belaka. d) Murid itu amat bijak belaka. Yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: b) Murid-murid itu amat bijak belaka. Tatabahasa17.08.2011
1.ayat yang mana satu yang paling sesuai di gunakandan boleh tolong beri penjelasan: a) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan. b)Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran secara senyap di perpustakaan. 2.adakah ayat ini betul Murid-murid sedang membaca buku dengan tidak membuat bising.1. Penggunaan perkataan "dengan" dan "secara" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Ayat yang paling sesuai ialah "Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan."  Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah  unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

2. Ayat tersebut betul.
Tatabahasa28.08.2013
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Tatabahasa07.06.2012
Penggunaan yang betul. 1. Guru memberi bimbingan segera kepada murid-murid... @ guru segera memberi bimbingan kepada murid-murid... 2. membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan... @ membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan... 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan @ 2. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan 4. Guru menayangkan video @ guru menayang video 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.1. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid.
2. Membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan ... Membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan .... Kedua-dua ayat itu betul. 
3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan. Menandai dan menandakan kedua-duanya betul. 
4. Guru menayangkan video .... 
5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya.
Tatabahasa26.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas