Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, kita selalu terjumpa kata "kemudiannya" dalam penulisan. Saya tertanya-tanya, apakah fungsi "nya" dalam kata itu? TKFungsi -nya bagi kemudiannya adalah sebagai kata penekan, iaitu kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya.Tatabahasa13.07.2021
Selamat petang, saya nak tanya kalau papan ilkan kebanyakkan nya dalam bahasa inggeris, hanya dua perkataan sahaja dalam bahasa melayu. perlu ke saya hantar permohonan iklan? Pihak kami memerlukan pengesahan DBP untuk memohon elesen DBKL. saya sertakan gambar papan iklan untuk rujukan pihak tuan.

Nama yang berdaftar dengan SSM boleh digunakan, namun papan premis yang dihantar perlu beberapa pembetulan

1.            Pembetulan pada alamat.

a.            No. (titik perlu untuk singkatan)

b.            Ejaan Block tukar kepada Blok

2.            Alliance Property Advisory  - Sekiranya telah berdaftar, sila nyatakan NO. SSM atau NO. TM (tanda dagang) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk semakan dan rujukan kami (dalam sistem Sah Bahasa). Sekiranya belum Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris).

3.            Training Centre - Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris).

Lain-lain06.12.2023
saya ingin tanya mengenai suku kata bagi perkataan 'ajakannya'. :)Suku kata bagi perkataan ajakannya ialah a-jak-an-nya.Lain-lain29.04.2010
saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih.
Maksud Persekitaran:
kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar:

Ayat:
Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya.

Maksud Sekitaran:
keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu)

Ayat:
1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid.
2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya;
Makna11.03.2014
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih.

1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu.

2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat.

Istilah02.04.2010
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa.

Lain-lain13.07.2010
Selamat sejahtera.Terdapat beberapa persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak tuan/puan.Adakah perkataan "ianya" tidak digunakan lagi? Saya mendapati terdapat perubahan tertentu dalam penggunaan bahasa.Bagaimana atau di mana boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan penggunaan bahasa atau perubahan kata?

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan bahasa tuan boleh rujuk Tatabahasa Dewan.

 

Lain-lain08.02.2010
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna WajahMenurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajahMakna15.11.2015

Kembali ke atas